Whiskas imagery
Carian Khas

Enter a keyword below to search for articles and products.

Makanan Kucing Basah

Whiskas® Pouch Junior
Tuna Kitten Food

Makanan Kucing Basah
Whiskas® Pouch Junior
Tuna Kitten Food
  • bvseo_sdk, net_sdk, 3.2.0.0
  • CLOUD, getAggregateRating, 66ms
  • REVIEWS, PRODUCT
  • bvseo-msg: The resource to the URL or file is currently unavailable.;

Perihalan produk

Sebaik sahaja kucing anda melihat ketulan-ketulan daging yang lazat ini, yang diperap dengan sos yang kaya dan berjus, pasti ia akan amat menggemarinya. Pek makanan membolehkan rasa daging yang lazat yang dimasak secara perlahan (slow-cooked) dan jus semulajadi yang terhasil kekal segar dan sedap sepertimana disukai oleh kucing anda.

Dirumus khas untuk anak-anak kucing berusia 2-12 bulan. Ia juga sesuai untuk ibu kucing yang hamil atau yang sedang menyusu.

  • Diperkayakan dengan kalsium, fosforus, dan vitamin D untuk tulang yang sihat dan pembesaran menyeluruh.
  • Mengandungi antioksidan semulajadi untuk sistem imun yang sihat.
  • Tekstur yang lembut supaya mudah dikunyah.

Anak-anak kucing membesar 15 kali lebih cepat daripada bayi manusia. Oleh itu, kepelbagaian rasa adalah penting untuk memastikan anak kucing anda mempunyai selera makan yang sihat dan memperoleh nutrisi yang mencukupi untuk menyokong tumbesaran yang sebegitu pesat itu. Pendedahan kepada semua jenis rasa dan tekstur pada tahap ini juga membantu mencegah mereka daripada memilih makanan apabila dewasa kelak.

Kami menyarankan 2/3 daripada kalori yang diperlukan oleh anak-anak kucing diberikan melalui makanan basah manakala 1/3 lagi diberikan melalui makanan kering.

Pada usia satu tahun, anak kucing anda memerlukan tahap nutrisi yang berbeza, dan mereka sudah bersedia untuk bertukar kepada Whiskas® Dewasa 1+ tahun. Ianya adalah mudah, dengan hanya menambahkan sedikit Whiskas® Adult 1+ ke dalam makanan anak kucing anda dan secara perlahan-lahan meningkatkan saiz hidangan dari semasa ke semasa untuk menggantikan Whiskas® Junior 2-12 bulan. Proses ini haruslah dilengkapkan dalam masa satu minggu.

Baca LagiBaca kurang

Kenyataan AAFCO

Whiskas® memahami keperluan semula jadi dan kehendak kucing pada setiap tahap usia. Setiap produk yang dihasilkan adalah berdasarkan pengetahuan dan penyelidikan yang luas untuk memastikan kucing anda membesar dengan ceria dan sihat. Makanan kucing Whiskas® telah diformulasi dan diuji oleh WALTHAM, UK, salah satu institusi terkemuka di dunia dalam bidang penghasilan makanan dan penjagaan haiwan pliharaan. Whiskas® juga telah mendapat kelulusan bagi setiap ujian makanan kucing yang ditetapkan oleh Persaatuan Kawalan  Pemakanan Amerika (Association of American Feed Control Officials, AAFCO), Amalan Pengilangan Baik (Good Manufacturing Practice, GMP), Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (Hazard Analysis and Critical Control Points, HACCP), dan ISO 9001: 2008.

Ulasan

  • bvseo_sdk, net_sdk, 3.2.0.0
  • CLOUD, getReviews, 0ms
  • REVIEWS, PRODUCT
  • bvseo-msg: The resource to the URL or file is currently unavailable.;
close button
Whiskas brand imagery