Laluan Kucing untuk Anak Kucing

Anak kucing anda mempunyai naluri semula jadi untuk melindungi diri dan kawasan miliknya. Oleh itu, ia berkemungkinan melihat laluan kucing sebagai satu lubang dalam “pertahanan rumahnya”. Bergantung pada anda untuk membantu anak kucing anda, dan beri ia keyakinan untuk menggunakannya.
Jenis-jenis laluan kucing
Laluan kucing yang biasa tidaklah mahal dan mudah untuk dipasang. Ramai orang memilih laluan kucing yang disertai dengan kunci.
Laluan kucing yang boleh dikunci
Terdapat beberapa jenis pilihan laluan kucing yang boleh dikunci:
- Laluan kucing dengan pengunci yang ringkas – anda sendiri boleh mengendalikan pengunci tersebut, pilih bila waktu yang sesuai untuk membenarkan anak kucing anda keluar atau masuk
- Laluan kucing elektromagnetik – diaktifkan secara automatik oleh magnet istimewa pada kolar anak kucing anda
- Laluan cucing bermikrocip – diaktifkan secara automatik oleh mikrocip unik anak kucing anda
Membiasakan anak kucing anda menggunakan laluan kucing
- Pastikan laluan kucing berada di ketinggian yang sesuai untuk anak kucing anda melangkah melalui – kebiasaannya 6cm ke atas dari bahagian bawah pintu tersebut
- Untuk permulaan, buka dan sendalkan sedikit laluan kucing dan umpan anak kucing anda melaluinya dengan habuan dan makanan
- Biarkan anak kucing anda mengesan bau dengan baik dan meneroka kawasan sekitar
Dengan berhati-hati, cuba angkat anak kucing anda ke arah laluan kucing untuk menunjukkan ia apa yang anda mahu ia lakukan