Bermain

Bermain dengan anak kucing anda bukan sahaja menyeronokkan, tetapi ianya juga membantu mengeratkan lagi hubungan dengan mereka.

Sangkar Pembawa Kucing untuk Anak Kucing

Sangkar Pembawa Kucing untuk Anak Kucing

Sangkar kucing diperlukan apabila anda membawa anak kucing anda ke sesuatu tempat sahaja – mungkin ke klinik haiwan atau kateri.  Sangkar kucing juga sebaiknya diletakkan di luar supaya anak kucing anda dapat mengenali sangkar tersebut sebagai sebahagian daripada benda yang biasa dalam kehidupannya.  Cuba letakkan sesuatu benda di dalam sangkar yang mempunyai bau anak kucing anda – seperti selimut atau mainan – dan biarkan ia menerokainya sendiri.

 Memilih sangkar yang sesuai

Persoalan-persolan utama yang perlu dipertimbangkan sebelum anda membeli sangkar adalah:

  • Adakah sangkar itu mudah dibersihkan?
  • Adakah anak kucing anda mudah dimasukkan atau dikeluarkan daripada sangkar itu?
  • Adakah anak kucing anda  berasa selamat di dalam sangkar itu?

Jenis-jenis sangkar

  • Kadbod – hanya sesuai untuk kecemasan dan perjalanan yang singkat
  • Anyaman rotan – gaya tradisional yang memudahkan anak kucing anda melihat keluar, tapi sukar dibersihkan
  • Plastik – ringan dan mudah untuk dibersihkan

Cara meletakkan anak kucing anda ke dalam sangkar

  • Pilih bilik untuk di mana anda akan meletakkan anak kucing anda dan tutup sebarang pintu dan tingkap
  • Alaskan sangkar dengan surat khabar atau sehelai tuala lama, dan letakkan sesuatu benda biasa bagi anak kucing anda, seperti mainan atau selimut
  • Ambil anak kucing anda secara berhati-hati, dengan memegang bahagian kaki belakang sambil memasukkannya ke dalam sangkar
  • Pegang erat anak kucing anda sehingga anda menutup pintu sangkar
  • Bercakap dengan nada tenang kepada anak kucing anda untuk menenangkannya

Berikan kucing anda makan dengan resipi Whiskas® yang lazat dan berkhasiat. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai panduan pemberian makanan bagi memenuhi keperluan mereka dengan makanan yang lazat dan berkhasiat.

®/TM Trademarks of Mars, Incorporated and its affiliates.
© Mars, Incorporated, 2020. All rights reserved
Cookie Consent