Kesihatan

Temui cara untuk menjaga anak kucing anda supaya sihat dan ceria setiap hari.

Anak Kucing Terjangkit Selsema

Anak Kucing Terjangkit Selsema

Pada waktu tertentu sepanjang 9 bulan pertama kehidupannya, anda mungkin akan mendapati anak kucing anda tidak seperti biasa ataupun tidak kelihatan sihat. Ini mungkin kerana ia terjangkit selsema anak kucing.

 

Berita baiknya di sini adalah kebanyakan anak kucing hanya dijangkiti dua jenis virus. Selagi anak kucing anda mengikuti jadual vaksinasi, ia akan dilindungi daripada kedua-dua virus tersebut.

 Apa yang anda harus perhatikan

Terdapat tiga tanda-tanda klasik bagi menunjukkan anak kucing anda dijangkiti selsema:

  • Bahan melekit yang keluar dari mata
  • Bahan melekit meleleh dari hidung
  • Kehilangan selera untuk makan

Apa yang harus anda lakukan

Selesema amat senang berjangkit, maka jika anda juga ada membela kucing lain, cuba asingkan mereka. Jika anak kucing anda tidak mahu makan, pastikan ia ada bekalan makanan segar dan air. Kebanyakan gejala adalah tidak ketara dan akan hilang dengan penjagaan yang rapi... iaitu sudah pasti, melibatkan anda perlu memanjakannya! Jika anda perlukan nasihat dan pemahaman yang lebih lagi, anda boleh berbincang dengan veterina anda.

Berikan kucing anda makan dengan resipi Whiskas® yang lazat dan berkhasiat. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai panduan pemberian makanan bagi memenuhi keperluan mereka dengan makanan yang lazat dan berkhasiat.

®/TM Trademarks of Mars, Incorporated and its affiliates.
© Mars, Incorporated, 2020. All rights reserved
Cookie Consent