Bersedia untuk Lawatan Berjumpa Doktor Haiwan

Perjalanan ke Veterinar
Anak kucing mungkin akan kurang selesa di dalam sangkar jadi adalah disyorkan untuk membiasakan anak kucing dengan sangkar 2-3 hari sebelum melawat doktor haiwan. Letakkan barangan yang digunakan oleh kucing itu bersamanya supaya ia berasa selamat. Jangan lupa untuk mengunci sangkar selepas memasukkan kucing.
Lawatan ke Doktor Haiwan yang Pertama
Untuk lawatan pertama, doktor akan memberi maklumat dan mengesyorkan cara penjagaan anak kucing secara fizikal dan mental.
Soalan Lazim dari Doktor Haiwan
- Adakah anak kucing sentiasa aktif?
- Anak kucing sudah makan atau minum sebelum lawatan?
- Anak kucing ada muntah atau tercekik?
- Anak kucing buang air seperti biasa?
- Adakah anak kucing mempunyai masalah pernafasan?
- Adakah anak kucing suka menggaru mata dan/atau telinganya?
- Adakah anak kucing berasa sakit?
Bilakah anak kucing memerlukan rawatan segera?
Anak kucing biasanya memerlukan rawatan segera dari doktor haiwan. Semakin cepat ia dirawat, maka semakin cepatlah ia pulih. Tanda-tanda yang menunjukkan mereka memerlukan rawatan segera adalah seperti berikut:
- Tahi atau kencing mengandungi darah
- Cirit-birit (membuang air besar lebih daripada 2 kali sejam)
- Ketidakupayaan untuk membuang air besar
- Muntah lebih daripada 3 kali sejam
- Kelesuan
- Berat badan menurun dalam masa singkat
- Mempunyai masalah pernafasan
- Menggeletar atau menangis ketika disentuh
- Mempunyai objek asing di dalam mulut (cth: Benang)
- Tingkah laku tidak normal