Anak Kucing Menjilat dan Membentuk Gumpalan Bulu

Anak kucing anda yang comel akan suka untuk membersihkan dirinya – malahan ia akan mengambil beberapa jam dalam sehari untuk berdandan. Bukan sahaja anak kucing anda gemar melakukannya, tetapi ia juga bagus untuk dirinya. Menjilat bulunya memastikan bulunya sentiasa berada dalam keadaan yang baik, mengawal parasit dan menguatkan hubungan sosial.
Satu idea yang bagus adalah jika anda dapat mengenalpasti tabiat berdandan anak kucing anda. Jika ia jarang sekali melakukannya, ia mungkin bukan pembersih. Sebaliknya, ada juga yang disebutkan sebagai tabiat menjilat yang keterlaluan.
Menjilat dengan Keterlaluan
Walaupun mengasyikkan, berdandan kadangkala boleh terbawa-bawa menjadi keterlaluan. Bila kebosanan ataupun bila tidak bahagia, boleh menyebabkan anak kucing gemuruh dan menjilat-jilat serta menyebabkan bulu luruh lebih sedikit. Ini boleh diatasi dengan menentukan punca kegemuruhan anak kucing anda dan ambil tindakan yang bersesuaian. Pada masa yang sama, bawalah ia untuk diperiksa oleh doktor haiwan.
Gumpalan bulu
Tahukah anda bahawa lidah anak kucing anda mempunyai “sikat-sikat” yang halus? Ini membantu membuang bulu yang gugur dan memastikan bulunya berada dalam keadaan tip-top. Bagaimanapun, jika bulu terperangkap di dalam sikat, anak kucing anda tidak dapat meludahkannya ... jadi ia akan menelannya. Dan, pada semua kucing-kucing, apa yang turun pasti akan naik semula!
Anda mungkin tidak suka melihat anak kucing anda memuntahkan gumpalan bulunya, tapi tiada apa yang harus dibimbangkan – ini adalah merupakan sifat semulajadinya.