Deria Semula Jadi Kucing

Pendengaran
Kucing mampu mendengar bunyi pada frekuensi audio rendah seperti kita. Walau bagaimanapun untuk frekuensi audio tinggi, kucing boleh mendengar sekitar 1.6 oktaf lebih daripada kita.
Penglihatan
Di bahagian belakang mata kucing terdapat sel istimewa dinamakan “Tapetum” yang membantu memantulkan cahaya dan membuatkan ia bersinar dalam gelap.
Sentuhan
Tapak kaki kucing amatlah sensitif terhadap getaran dan mereka menggunakan bulu pada mulut, dagu, dan mata untuk mendapat maklumat dari sekeliling mereka. Misai mereka pula sensitif terhadap sentuhan dan digunakan untuk mengesan objek di persekitaran mereka.
Bau dan Rasa
Deria bau kucing adalah 10 kali lebih baik daripada kita dan mereka mempunyai organ istimewa yang dinamakan “Jacobson’s organ” yang terletak pada lelangit untuk mengesan bau dan untuk mentafsir bahan kimia kompleks bagi memahami persekitaran mereka.
Pergerakan
Anda mungkin ingin tahu mengapa kucing gemar melompat dan memanjat. Ini merupakan tingkah laku semula jadi mereka untuk menjadi pemburu yang hebat. Anda boleh membantu mereka berbuat demikian dengan turut bermain bersama-sama serta membelai mereka sebaga tanda pujian.