Tag-tag khas pengenalan anak kucing

Jika tanpa disangka anak kucing anda hilang, anda tentu mahukan ia kembali dengan secepat mungkin. Inilah sebabnya pengenalan yang khas penting diadakan – ia akan dapat memberikan anda suatu ketenangan.
Jenis-jenis Kolar
- Pilih kolar yang ada ciri-ciri keselamatan senang tanggal dan elastik.
- Apabila anda mendandan anak kucing anda, ambil sejenak untuk memeriksa di bawah kolar untuk memastikan ia betul-betul muat
- Jangan sesekali menggunakan kolar yang direka untuk kegunaan anjing
Tag-tag nama
- Menggunakan tag yang tidak mudah rosak
- Kerik nombor telefon dan alamat anda pada tag tersebut
- Anda boleh juga menambah loceng pada tag tersebut untuk membantu mengesan anak kucing anda.
Memasang Mikrocip
Mikrocip adalah sebuah cip komputer kecil yang disuntik di bawah kulit anak kucing anda, di antara dua tulang belikatnya. Mikrocip ini mengandungi satu kod unik yang akan dapat mengenalpasti dan menyelamatkan anak kucing anda jika ia hilang. Berbincanglah dan minta nasihat doktor haiwan anda.