Bahasa Anak Kucing

Fahami pemikiran dan perasaan anak kucing anda akan membantu anda mempunyai masa yang berkualiti dengan mereka.

Bahasa Pergerakan Telinga Si Anak Kucing

Bahasa Pergerakan Telinga Si Anak Kucing

Telinga anak kucing anda adalah sesuatu yang mengagumkan. Setiap telinga mempunyai 30 otot yang berasingan, membolehkan anak kucing anda menggerakkan telinganya sehingga 180° - dan bentuknya juga boleh diubah!

 

Dengan mempelajari bagaimana untuk menafsir pergerakan telinga anak kucing anda yang berbeza ini, anda akan mampu untuk memberitahu apakah mood yang sedang dialaminya. 

 Mentafsir Erti Pergerakan Telinga

  • Telinga berdiri tegak – anak kucing anda sedang berada dalam keadaan berwaspada
  • Telinga mengarah ke depan – anak kucing anda sedang ingin mengambil tahu
  • Telinga bergerak ke belakang dan ke bawah – anak kucing sedang berasa gementar atau terancam, secara nalurinya ia sedang melindungi telinganya yang lembut daripada sebarang ancaman yang mungkin.
  • Telinga terangkat keluar seperti sayap kapal terbang – anak kucing anda sedang berasa takut
  • Telinga bergerak arah ke belakang dengan bahagian dalamnya terlipat ke atas – anak kucing anda sedang ketakutan dan mungkin sedang bersedia untuk menyerang

Komunikasi  Dua - Hala

Bukan sahaja kucing anda menggunakan telinganya untuk berkomunikasi mengenai perasaannya, tetapi ia juga mampu menilai pergerakan yang sama pada kucing-kucing yang lain. Ia juga mampu menafsir bagaimana anda bertindak balas pada pergerakan-pergerakan telinganya. Jadi, hanya dengan melihat pergerakan telinga kecil yang comel itu, anda sebenarnya sedang berkomunikasi  dengan anak kucing anda!

Berikan kucing anda makan dengan resipi Whiskas® yang lazat dan berkhasiat. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai panduan pemberian makanan bagi memenuhi keperluan mereka dengan makanan yang lazat dan berkhasiat.

®/TM Trademarks of Mars, Incorporated and its affiliates.
© Mars, Incorporated, 2020. All rights reserved
Cookie Consent